Tuesday 12 June 2012

Rainbow Cake...kek pelangi...

Resepi blm berkesempatan utk dicuba...tp insyaallah akan diusahakan utk mencuba...

Bahan-bahannya:

200gm tepung kek/tepung superfine (tina guna self raising flour)
180gm gula kastor (tina guna 140gm)
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk koko (tak letak)
20gm ovallet (tina letak satu sudu besar)
6 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper. (tina guna loyang saiz 5)
2. Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu. Masukkan tepung dan baking powder, kan putar lagi sehingga sebati.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair, esen vanilla dan serbuk koko. Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
4. Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Tina tersalah timbang, jadi cuma dapat 6 layer je, sepatutnya 7 lah kan. Letak pewarna yang disukai.
5. Tuang adunan ke dalam acuan, Bakar sehingga masak.
6. Bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit.
7. Bila kek dah sejuk, sapu nutella diatas kek dan lapikkan dengan kek yang lain. Susunan warna ikut suka ye.

Bahan untuk creamcheese frosting:

250gm cream cheese - tina guna Philadelphia
2 oz butter Anchor (unsalted)

Cara membuatnya:

Pukul creamcheese yang diletak disuhu bilik bersama butter sehingga kembang dan lembut. Sapukan frosting dikeseluruhan kek. Siap untuk dihias. Oh ya, tina tak letak gula ye dalam creamcheese tu, sebab tina tak suka ada rasa manis kat frosting tu. Kalau nak letak pun boleh, terpulanglah. Cuma pada tekak tina, rasa dia balance sebab ada masam frosting dan manis kek.

*Sila lapik loyang adunan ye dengan baking paper, supaya masa nak keluarkan kek, kek tu akan keluar cantik dan tak pecah. Sebab oven tina cuma boleh buat 2 loyang sekali bakar, sementara menunggu kek masak, adunan yang masih menanti tu silalah tutup, untuk mengelakkan terkena angin dan boleh menyebabkan kek menjadi kering bila dibakar*

0 comments:

Post a Comment