Saturday 11 February 2012

Ikan Keli masak tempoyak

Masak tempoyak merupakan makanan kegemaran aku..tak kiralah ikan apa yang digunakan....aritu jalan2 ke ffc (family food centre) my hubby telah membeli ikan keli...

wei memang payah nak jumpa ikan sungai ni...al maklumlah duk di negara kaya Qatar...
so apa lagi tak lepaskan peluang...makan sehingga menjilat jari..


bahan-bahan
seekor ikan keli (dibersihkan dan dipotong 5 bahagian)
lada merah
cili hijau
kunyit
tempoyak
bawang merah
daun kesum

cara-cara
1. blender lada merah, cili hijau, kunyit, bawang merah dan tempoyak
2. gaul bahan blender dengan ikan...dan masukkan air..
3. letakkan di atas api dan masukkan daun kesum apabila sudah mendidih
4. masak sehingga kuah menjadi pekat...

Friday 10 February 2012

Roti Sosej

hubby telah memberi breadmaker sebagai hadiah....so lepas ni bole la mencuba resepi2 yang menggunakan breadmaker.....

minggu lepas aku telah mencuba membuat roti sosej dgn menggunakan breadmaker baru...hehhehe

bahan-bahan

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
  • **bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese
  • 1/4 sudu kecil pelembut roti (*optional) 
cara-cara
  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. roti siap dibakar..

Kimchi

hari rabu yang lalu...kami buat kimchi bersama-sama...kimchi ialah makanan korea...sungguh enak dimakan begitu saja....hehhehe memang best....

di sini saya nak kongsi resepinya...

bahan-bahan
2 bawang holland
2 labu bawang putih
halia
3 biji epal merah
3 biji lobak merah
1 biji lobak putih
kobis cina
daun bawang
sedikit tepung beras
air
garam
gula
serbuk lada
sos ikan

cara-caranya
1. kubis cina dicuci dan direndam air garam sehingga kecut lebih kurang 2 jam
2. tepung beras di campur sedikit air dan dimasak sampai putih jernih dan dicampur gula
3. lobak putih, lobak merah, daun bawang dipotong halus (diracik)
4. bawang holland, bawang putih, halia dan epal (dibuang kulit ) diblender
5. masukkan bahan blender tadi ke dalam bahan yang dipotong halus dengan teknik kaut balik sehingga sebati
6. masukkan garam, serbuk lada, sos ikan dan gaul lagi hingga sebati..
7. toskan kubis cina yg direndam td, bilas dgn sedikit air dan dipotong lebih kurang 3 jari pas2 masukkan dalam bahan yg digaul td...gaul lg sehingga benar2 sebati...dan mesra...
8. selepas itu boleh la dimasukkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk...kimchi ini boleh la dimakan selepas 4 jam dan lagi lama disimpan semakin sedap....