Saturday 23 March 2013

berkurun dah tak update

alamak...busy la.. banyak resepi yg dah ditry tapi masih blm berkesempatan utk mengedit dan menuploadkan gambar...

sekarang ni banyak masa dihabiskan dgn aktiviti memasak dengan kawan2...minggu yg lalu kami belajar memasak nasi dagang dan minggu ni insyaallah kami akan bersama2 membuat laksa penang...

sejak balik dari tanah suci Mekah kemudian pulang ke kampung halaman banyak pengalaman dan aktiviti yg menarik di lakukan tapi itulah tak banyak masa utk berkongsi sbb Hazim semakin nakal dan berakal...

Saturday 29 September 2012

Resepi...o resepi

Sebenarnya banyak resepi yang telah dicuba cuma agak lambat utk di update....malas pun ye juga...so kalo ada banyak masa akan banyak lah resepi dalam blog ni dlm masa terdekat...

tp mungkin juga tidak sebab sekarang ni lebih ditumpukan utk preparation utk menunaikan ibadah haji ni...dapt atau tidak...persiapan mesti dilakukan...insyaallah

doakamn kami yer..

Sunday 29 July 2012

Ramadhan...bulan mencuba resepi

alhamdulillah kita berjumpa lagi ramadhan tahun ini...terima kasih Ya Allah atas limpahan rahmat dan kesempatan yang di beri...

bulan ini juga aku telah utk pertama kalinya menceburkan diri dalam penjualan dan pembuatan kuih utk dijual di bazar ramadhan yang biasanya 2 kali jer dalam sebulan...

pelbagai resepi juga telah dicuba utk memenuhi keinginan anak-anak dan hubby... insyaallah akan berkongi resepi nanti yer

tapiii si baby.. sudah mula mengacau...nampaknya terpaksa hold dolu...byeee

Tuesday 12 June 2012

Ikan Bakar Berempah Harum

Hobi my hubby mengail @ memancing...biasanya kalo turun tu mesti bawak balik ikan...alhamdulillah rezeki kami.....

biasa ikan kerapu aku masak sweet sour jer...tp jemu plak kalo selalu sgt makan...so nak mempelbagaikan jenis makanan

aku telah mencuba resepi ini...alhamdulillah menjadi...dan memang meletops gitu

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)- saya guna ikan kerapu
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
Bahan-Bahan Dikisar Bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili kisar (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Kek Coklat Caramel

Aritu jiran aku telah cuba buat kek ni utk besday hubby dia....sedap bole tahan....aku suka yg kurang manis... belum berkesempatan utk mencuba resepi ni tapi nak simpan dolu...

mana lah tahu terajin nak buat kek plak...

kek coklat moist~ (resepi munira baharum) (gtpm)

bahan A:
... 1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok) - tina letak 1/2 cawan
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok) - tina letak 1/2 cawan
1 cwn minyak msk
*semua bahan di atas gaul sebati dan masak atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bahan dah sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bahan ini diayak

bahanC:
4 biji telur (blender jer) - kali ni tina blender, tapi untuk kali kedua tina cuba pukul sampai kembang, hasil kek tu lagi cantik, sebab bila kita blender telur tu, kek tu macam mampat sikit, tapi terpulang lah, mana-mana pun boleh

cara:
satukan bahan B dan C ke dalam bahan A...
secara berselang seli dan gaul ngan senduk jer...
dah sebati...ketepikan...


utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek tak melekat pada loyang...

bahagian atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jadi buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dalam loyang gula hangus tadi...
bakar sekejap dalam oven dengan kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bawah)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...(tina bakar dalam 30minit sampai karamel agak beku)
keluarkan dari oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai msk...suhu 160c...
keluarkan dari oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jangan terbalikkan masa panas2 nanti karamelnye pecah**

**pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu...

**karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar.

Kek coklat

Rainbow Cake...kek pelangi...

Resepi blm berkesempatan utk dicuba...tp insyaallah akan diusahakan utk mencuba...

Bahan-bahannya:

200gm tepung kek/tepung superfine (tina guna self raising flour)
180gm gula kastor (tina guna 140gm)
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk koko (tak letak)
20gm ovallet (tina letak satu sudu besar)
6 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper. (tina guna loyang saiz 5)
2. Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu. Masukkan tepung dan baking powder, kan putar lagi sehingga sebati.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair, esen vanilla dan serbuk koko. Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
4. Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Tina tersalah timbang, jadi cuma dapat 6 layer je, sepatutnya 7 lah kan. Letak pewarna yang disukai.
5. Tuang adunan ke dalam acuan, Bakar sehingga masak.
6. Bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit.
7. Bila kek dah sejuk, sapu nutella diatas kek dan lapikkan dengan kek yang lain. Susunan warna ikut suka ye.

Bahan untuk creamcheese frosting:

250gm cream cheese - tina guna Philadelphia
2 oz butter Anchor (unsalted)

Cara membuatnya:

Pukul creamcheese yang diletak disuhu bilik bersama butter sehingga kembang dan lembut. Sapukan frosting dikeseluruhan kek. Siap untuk dihias. Oh ya, tina tak letak gula ye dalam creamcheese tu, sebab tina tak suka ada rasa manis kat frosting tu. Kalau nak letak pun boleh, terpulanglah. Cuma pada tekak tina, rasa dia balance sebab ada masam frosting dan manis kek.

*Sila lapik loyang adunan ye dengan baking paper, supaya masa nak keluarkan kek, kek tu akan keluar cantik dan tak pecah. Sebab oven tina cuma boleh buat 2 loyang sekali bakar, sementara menunggu kek masak, adunan yang masih menanti tu silalah tutup, untuk mengelakkan terkena angin dan boleh menyebabkan kek menjadi kering bila dibakar*