Friday 10 February 2012

Kimchi

hari rabu yang lalu...kami buat kimchi bersama-sama...kimchi ialah makanan korea...sungguh enak dimakan begitu saja....hehhehe memang best....

di sini saya nak kongsi resepinya...

bahan-bahan
2 bawang holland
2 labu bawang putih
halia
3 biji epal merah
3 biji lobak merah
1 biji lobak putih
kobis cina
daun bawang
sedikit tepung beras
air
garam
gula
serbuk lada
sos ikan

cara-caranya
1. kubis cina dicuci dan direndam air garam sehingga kecut lebih kurang 2 jam
2. tepung beras di campur sedikit air dan dimasak sampai putih jernih dan dicampur gula
3. lobak putih, lobak merah, daun bawang dipotong halus (diracik)
4. bawang holland, bawang putih, halia dan epal (dibuang kulit ) diblender
5. masukkan bahan blender tadi ke dalam bahan yang dipotong halus dengan teknik kaut balik sehingga sebati
6. masukkan garam, serbuk lada, sos ikan dan gaul lagi hingga sebati..
7. toskan kubis cina yg direndam td, bilas dgn sedikit air dan dipotong lebih kurang 3 jari pas2 masukkan dalam bahan yg digaul td...gaul lg sehingga benar2 sebati...dan mesra...
8. selepas itu boleh la dimasukkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk...kimchi ini boleh la dimakan selepas 4 jam dan lagi lama disimpan semakin sedap....

0 comments:

Post a Comment